02nd May2013

Petua Murah Rezeki Dengan Menyimpan Perak

by admin

Pada hari ini harga emas dan perak benar-benar berada pada paras mampu dimiliki oleh semua orang. Ini kerana harga emas sudah jatuh kira-kira 13% dan harga perak pula jatuh 20% sejak 2 bulan yang lalu.

Kebiasaannya, kebanyakan daripada kita yang membeli emas dan perak adalah kerana mahu melindungi kuasa membeli dan mahu mengambil peluang mengaut keuntungan simpanan emas dan perak, di mana harganya terus meningkat sejak 10 tahun lepas. Tetapi kita tidak tahu bahawa simpanan emas dan perak juga mampu menarik rezeki.

Antara sedar ataupun tidak, sebenarnya mempunyai simpanan emas dan perak adalah termasuk dalam kategori zakat harta, ia wajib dizakatkan setelah cukup nisab dan haulnya sama seperti zakat pendapatan dan sebagainya.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)

Ibadat zakat merupakan rukun Islam keempat merupakan kewajipan seseorang muslim yang berkemampuan. Amatlah rugi jika seseorang muslim yang berkemampuan itu tidak menunaikan kewajipan mereka untuk membayar zakat walaupun sudah cukup nisab dan haulnya.

Ini kerana membayar zakat untuk simpanan emas dan perak bukan sekadar dapat menyucikan harta, ia juga dapat membantu meningkatkan ummah serta dapat meringankan beban golongan fakir miskin. Malah hidup kita bukan sahaja akan diberkati, rezeki kita juga turut dimurahkan serta setiap urusan kita turut dipermudahkan setelah melakukan ibadah ini. InsyaAllah..

Infografik berikut menunjukkan maklumat ringkas mengenai zakat harta yang perlu dikeluarkan untuk simpanan emas, perak dan wang.

zakat-perak1

Mengikut infografik di atas,

  1. zakat simpanan (RM) dikenakan jika anda menyimpan sebanyak RM14,066 dalam tempoh satu tahun hijrah.
  2. zakat emas pula dikenakan jika anda mengeluarkan belanja sebanyak RM11,573.60 untuk membeli emas pada hari ini dan menyimpannya selama setahun.
  3. zakat perak berlainan sedikit di mana anda hanya perlu membelanjakan RM1,368.50 sahaja untuk membeli perak dan layak untuk membayar zakat harta.

Jika anda ingin merebut peluang mengeluarkan zakat harta dengan cara yang paling mudah, anda amat disyorkan untuk membeli dan menyimpan perak. Berdasarkan harga spot semasa, anda hanya perlu keluarkan RM1,368.50 sahaja untuk layak berzakat pada tahun depan.

Walaupun begitu, anda mungkin perlu mengeluarkan sedikit wang, lebih kurang 20% atau dalam lingkungan RM1650 untuk membeli perak. Ini kerana harga jualan produk pelaburan perak di Malaysia mempunyai sedikit caj tambahan.

Hakikatnya, syarat kelayakan untuk membayar bagi harta perak adalah 8 kali lebih rendah daripada menyimpan wang.

Jom rebut peluang berzakat harta tahun hadapan!

(Sumber gambar: Pakdi, BIPKK)

Sumber : http://www.majalahniaga.com/petua-murah-rezeki-dengan-menyimpan-perak.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>